Isnin, 1 April 2013

Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan.


11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1.   Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2.   Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3.   Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.   Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5.   Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6.   Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus  berasaskan keperluan.

7.   Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8.   Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9.   Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Sumber :

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#ixzz2PEGaqO3w

Pelan Pembangunan Pendidikan.( 2013 - 2025 )

OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

            Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke- 21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;

2.  Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sumber : http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Tazkirah Ringkas.


Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku" 

"Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."

"Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut"

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan. Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1.         Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.


2.         Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3.         Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4.         Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5.         Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Mari kita istiqamah amalkannya semoga menjadi Muslimin & Muslimat yang berjaya di dunia & akhirat.

Sumber : 
http://www.facebook.com/BAHTERASAMUDERA/posts/519028734809243

Khamis, 21 Mac 2013

Motivasi Diri


Motivasi Diri – 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah

           Sebelum pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar. Sebagai contoh ketika menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat membangunkan empayar sedikit diuji.

           Hal ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa. Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas kini status (update status) diri sebagai hamba. Di antara nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.

·        Cara Meningkatkan Kembali Motivasi Diri

           Lain orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan kembali motivasi diri adalah dengan:

1.     Mendapatkan pengetahuan motivasi sama ada 
        melalui pembacaan, menghadiri suatu acara, mendengar nasihat, 
        menonton video dan sebagainya
2.     Berehat daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
3.     ‘Enjoy’ bersama rakan-rakan
4.     Membawa diri untuk mencari ketenangan
5.     Menghabiskan masa dengan hobi
6.     Berkongsi masalah bersama rakan karib
7.     Dan lain-lain.

           Kebanyakan cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada fitrah.

·     Kembali Kepada Fitrah

           Kembali kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep ‘Hamba Allah’. Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya? Tujuan sebenar manusia diciptakan telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk merekamenyembah dan beribadat kepadaKu”.
           Secara tersurat, ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Penjelasan ini juga sekaligus menjawab persoalan bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
ü  Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas
           Bagaimana menghubungkan di antara ‘Meningkatkan Motivasi Diri dan ‘Kembali Kepada Fitrah’? Ketika diuji dengan motivasi diri yang menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain).

 Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:

ü  Cara  # 1 – Membaca Al-Quran

Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling atas.
ü  Cara # 2 – Berzikir

Motivasi diri yang menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan dengan mengingati Allah (zikrullah).

ü  Cara # 3 – Memerhati Kejadian Alam

Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati kejadian alam.Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian yang berlaku ada yang mengaturnya.
ü  Cara # 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid

Jaringan kenalan yang positif memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.
Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa hatinya terasa tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya terus mendapat hidayah dan memeluk Islam.
ü  Cara # 5 – Menghadiri Majlis Ilmu

Terdapat beberapa kebaikan menghadiri majlis ilmu. Antaranya dapat membina jaringan, menambah kenalan, berjumpa dengan mentor (ustaz atau ustazah) dan menambah ilmu pengetahuan. Kesemuanya mampu meningkatkan motivasi diri.

ü  Cara # 6 – Mendengar Kuliah Agama

Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang beriman.
ü  Cara # 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)

Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan fikiran.
ü  Cara # 8 – Berbuat Kebaikan


Akhir Kata…

§  Sebagai orang Islam, keyakinan kepada Allah dan ajaran Islam adalah sumber utama meningkatkan motivasi diri.
§  Suatu masa dahulu sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang dikatakan ‘tiada apa-apa’. Namun kedatangan Islam telah membawa ‘sinar cahaya’.

Demikian secebis perkongsian tentang 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan kembali kepada fitrah.

Sumber : http://jurnalinspirasi.com/8-cara-meningkatkan-motivasi-diri-
dengan-kembali-kepada-fitrah.html

Kesalahan Ayat Pasif


Jika kita selalu menonton drama t.v atau filem asing yang ada terjemahan (sari kata) Bahasa Melayu, kita pasti pernah terbaca ayat yang salah tatabahasanya.
Contohnya:
Lelaki itu saya memukul.”  (Apa yang salah?)
  Sebenarnya  yang salah ialah “saya memukul”. Patut ialah “Lelaki itu saya pukul.”
 Lelaki itu ialah objek yang didepankan. Inilah bentuk pasif.
 Bentuk aktifnya ialah: “Saya memukul lelaki itu.”

Sumber : http://bmalaysia.wordpress.com/2008/05/13/kesalahan-ayat-pasif/

Sistem Bahasa - Kata Adjektif

Kata Adjektif ( Kata Sifat )


Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu 
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan 
sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. 

A. Jenis-jenis kata Adjektif 

 Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan 
sebagainya yang bertugas sebagai penguat. 
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. 

1. Adjektif Jati 

Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. 
Contoh 
Buku itu berwarna biru. 
Budak kurus itu kawan saya. 

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan 

Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. 
Contoh 
Ayah memiliki dua buah kereta. 
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk 

Ia menunjukkan �bagaimana� / �yang mana� 
contoh 
Baju ini mahal harganya. 
Perkara demikian jangan diulangi lagi. 

4. Adjektif pencerai / pengasingan 

Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau 
selonggok-selonggok. 
Contoh :
Setiap pelajar mesti berdisiplin. 
Ambil barang masing-masing. 

2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan 

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut: 

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik; 
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau; 
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; 
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; 
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; 
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; 
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; 
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum. 

B. Pangkat-pangkat Adjektif 

1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. 
Contoh 
Baju dia cantik. 
Buah betik itu manis. 

2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. 
Contoh 
Tenaganya sekuat Badang. 
Buah jambu itu semanis gula. 

3. Pangkat menyangat 

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. 
Contoh 
Cuaca hari ini sangat mendung. 
Buah rambutan ini terlalu masak
. 
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan. 
Contoh 
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia. 
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia. 

Sumber : http://maribelajar.forumotion.com/t675-nota-tatabahasa


Rabu, 20 Mac 2013

Sistem Bahasa - Kata Kerja


Kata kerja terbahagi kepada : 


A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

A. Kata Kerja Transitif 

1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 

2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 

3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan " me -" sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. 
Contohnya: Atan mendengar radio. 
   mendengar ialah kata kerja transitif 
   radio ialah objek (kata nama)

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: 

Contoh ayat : 

1. Kucing itu menangkap seekor burung. 
2. perempuan itu menjual sayur. 
3. Bapa sedang menulis surat. 

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat 
atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan. 
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. 
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. 
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. 
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon anda perlu selalu berlatih. 
(f) Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )

Sumber : http://maribelajar.forumotion.com/t675-nota-tatabahasa

Refleksi Membina Blog


Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu pembinaan blog berkaitan Bahasa Melayu. Ketika baru diberikan tugasan ini, saya merasakan seperti satu bebanan yang sangat berat memandangkan ianya satu tugasan yang belum pernah saya ambil tahu tentang pembinaan blog. Walaubagaimanapun, saya bersikap positif dan tugasan ini saya terima sebagai satu cabaran. Pertama sekali, untuk pensyarah yang telah banyak memberi penerangan dan penjelasan bagaimana untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Seterusnya, saya telah membuat rujukan daripada buku-buku dan juga melalui sumber-sumber daripada internet berkaitan dengan cara membina blog. Selain itu juga, saya telah banyak meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang kini berada di semester tiga. Walaupun begitu, pensyarah yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang prosedur untuk menyiapkan tugasan ini dalam interaksi semasa kuliah di dalam kelas mahupun melalui emel. Selepas mendapat bimbingan daripada pensyarah, saya mula membina blog  untuk menyiapkan tugasan. Selain itu juga, saya telah melakukan perbincangan bersama-sama rakan sekelas untuk bertukar idea dan pandangan tentang tugasan yang diberikan. Akhirnya, tugasan membina blog dapat saya jalankan sedikit demi sedikit. Saya berasa sungguh bersyukur, bangga dan puas kerana cabaran membina blog dapat saya lakukan. Walaupun begitu, saya mendapat banyak pengalaman, pengetahuan dan pengajaran daripada tugasan ini. Antaranya ialah pengetahuan yang lebih mendalam tentang pembinaan blog yang sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Selain itu juga, antara pengajaran utama yang saya perolehi ialah betapa perlunya kegigihan, ketabahan dan kesabaran dalam jiwa seorang pelajar untuk menuntut ilmu kerana proses untuk mendapatkan ilmu memerlukan banyak ketekunan dan kesabaran. Syukur alhamdulillah, kerana dengan izin Allah S.W.T jualah telah mempermudahkan segala tugasan yang telah saya hasilkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu saya menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang mampu membalasnya.
Sekian, terima kasih.

Zalimnya Pengganas Di Lahad Datu


LAHAD DATU: KISAH NGERI DISEBALIK KEMATIAN PAHLAWAN NEGARA

SEMUA MESTI BACA :


Kisah ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselamatan yang terselamat. Beliau kini lumpuh kedua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.


Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun saya merasakan ianya perlu diceritakan untuk menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukanlah sebuah sandiwara seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Saya juga mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di perbatasan. Hanya Allah yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini diletakkan dikalangan para Syuhada'. - Amin ..


Dia ditembak, namun dia bernasib baik kerana tembakan itu tidak tepat kepadanya. Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakan menyebabkan jari-jari dan kedua tangannya hampir putus.


Dia menceritakan, bahawa yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. Yang lain semuanya meninggal dalam keadaan ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan. Walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak, tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.


Ada anggota yang telah mati dipotong kaki dan tangannya. Malah dikorek mata jasad yang telah terbujur kaku itu. Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang sesuai untuk perbuatan mereka.


Dia bernasib kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. dua puluh jam dia menahan kesakitan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut-semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.


Akhirnya dia diselamatkan. kedua tangannya yang hampir putus dijahit semula. Namun sehingga kini, dia tidak dapat menggerakkan tangannya itu.


Air matanya berlinangan. Dia tidak akan lupakan pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-pengganas itu. Mereka terlalu zalim !!


Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang pergi .. semoaga arwah ditempatkan dikalangan para Syuhada .. Amin Ya Rabb .

Garis Panduan Dan Etika Penggunaan Internet


ETIKA KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH  SEPERTI BERIKUT :

1.   Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2.   Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3.   Tidak menceroboh masuk fail komputer orang lain.
4.   Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5.   Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6.   Tidak mengguna atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7.   Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8.   Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9.   Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.

Ø  Sumber : http://ppgipgktbbm3.blogspot.com/2012/05/nota-bmm-3105-p-berbantukan- komputer.html




Rabu, 13 Mac 2013

Katalog Web / Blog Berkaitan Sastera, Bahasa, Seni Dan Budaya

1. Tajuk : Sastera
    URL : http://azmahnordin.blogspot.com/
    Sinopsis : Blog Tentang Teknik Penulisan Novel Sastera

2. Tajuk : Dunia Bahasa Kita
    URL : http://bmstpm.blogspot.com/
    Sinopsis : Blog Berkaitan Dengan Bahasa Melayu STPM

3. Tajuk : Blog Seni
    URL : http://www.blogseni.com/
    Sinopsis : Blog Berkaitan Seni Tentang Lukisan

4. Tajuk : Kebudayaan Malaysia
    URL : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia
    Sinopsis : Laman Web Tentang Budaya Di Malaysia

Isnin, 11 Mac 2013

Katalog Web / Blog Pembelajaran Bahasa Melayu

1. Tajuk : Hidup Mesti Belajar
    URL : www.mybukhari.net
    Sinopsis : Blog Pembelajaran Bahasa Melayu Peringkat IPG

2. Tajuk : Blog Cikgu Hijau
    URL : http://cikguhijau.blogspot.com/p/program-pemulihan-khas.html
    Sinopsis : Blog Pembelajaran Bahasa Melayu Pemulihan

3. Tajuk : Pendidikan Pemulihan Khas
    URL : http://zlyrahman.blogspot.com/
    Sinopsis : Blog Bahasa Melayu Dalam Pendidikan Pemulihan

4. Tajuk : Sepanjang Jalan
    URL : http://sepanjang-jalan.blogspot.com/2010/01/teknik-mengajar-penulisan-bagi-pelajar.html
    Sinopsis : Blog Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Penulisan Untuk Pelajar Yang Lemah

Katalog Berita

1. Tajuk : Kampung Tanduo Kini Besih
    Sinopsis : Pencerobohan Pengganas Sulu di Sabah.

2. Tajuk : Keindahan Pulau Phi Phi
    Sinopsis : Pelancongan

3. Tajuk : Kilang Mazda Di Kulim Untuk Pasaran Serantau
    Sinopsis : Permotoran

4. Tajuk : Demi Nusa Tercinta
    Sinopsis : Perwira Negara

CARA GUNA ENJIN CARIAN - Klik di sini ...

http://www.emelaka.gov.my/bm/images/akhbar/tutorial%20mencari%20maklumat%20menggunakan%20enjin%20carian%20internet.pdf

http://jomtonton.net/v1/infografik-cara-efisyen-menggunakan-enjin-carian-google.html

http://rusnahsalleh.blogspot.com/2012/08/cara-guna-enjin-carian-di-internet.html

http://www.cybernetic88.com/cara-terbaik-untuk-mencari-melalui-enjin-carian.html

Cara Guna Enjin Carian


APAKAH kaedah carian maklumat yang cekap dalam Internet terutama dalam menggunakan enjin carian ?

Apabila kita berbincang berkenaan dengan carian yang cekap dalam menggunakan enjin carian di Internet, ia merujuk kepada ketepatan maklumat yang diperolehi dalam masa secepat yang mungkin.
Enjin carian Google dibina dengan kaedah cariannya yang cekap dan pantas.
Namun begitu, ada beberapa perkara yang memerlukan kecekapan pengguna enjin carian tersebut untuk mendapatkan carian maklumat yang tepat dan pantas.

Ia boleh diumpamakan dengan sebuah kereta lumba yang canggih memerlukan pemandu yang cekap untuk beroleh kejayaan dalam sesuatu pertandingan perlumbaan kereta.
Perkara pokoknya adalah bagaimana untuk menyingkirkan terlebih dahulu laman-laman web yang tidak berkaitan dan keputusan carian yang tidak betul.
Di sini akan dibincangkan beberapa faktor insan atau penggunaan carian yang betul bagi mendapatkan hasil carian yang lebih tepat dengan masa yang pantas apabila menggunakan enjin carian di Internet.
Struktur binaan sesebuah enjin carian secara umumnya adalah sama di antara satu sama lain.
Namun begitu, contoh yang akan diambil dalam perbincangan ini menggunakan enjin carian Google.

Berikut adalah beberapa kaedah yang betul untuk mendapat carian maklumat yang tepat dan pantas menggunakan enjin carian di Internet iaitu:-

1. Penggunaan kata kunci atau terma yang unik dan spesifik dalam suatu carian yang dibuat.
Apabila sesuatu carian yang dibuat, enjin carian akan paparkan beratus ribu atau lebih alamat laman web. Jadi, untuk mengurangkan paparan tersebut, gunakan kata kunci atau terma yang sangat spesifik dan unik.

2. Penggunaan tanda tolak (-) dalam kata kunci pencarian. Fungsinya adalah untuk memperkecilkan lagi skop carian. Enjin carian akan menghasilkan keputusan carian yang di luar jangka terutama kata kunci yang digunakan mempunyai beberapa maksud. Tanda tolak ini akan berfungsi secara logik sebagai TIDAK atau penafian bagi sesuatu makna dalam kata kunci carian. Ia akan membuang beberapa keputusan carian yang tidak berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita menggunakan kata carian berkenaan haiwan, kerbau. Maka segala yang berkaitan dengan kerbau akan dipaparkan seperti Kerbau Enterprise, nama bagi sebuah syarikat, kertas dan lain-lain. Jadi, boleh menggunakan tanda tolak untuk tidak merangkumi maklumat-maklumat yang tidak berkaitan tersebut seperti - Enterprise - Ker dan lain-lain.

3. Penggunaan tanda pengikat kata (" ") bagi mendapatkan kata kunci yang lebih bersifat spesifik dan merangkumi segala kata kunci tersebut. Ia tidak akan mencari maklumat secara umum yang berkaitan dengan kata kunci yang dicari. Ia adalah satu cara bagi mengurangkan paparan maklumat yang tidak betul, tidak berkaitan dan tidak tepat dalam sesuatu carian.
Contohnya adalah seperti kata kunci atau carian perkataan, "Membujur lalu melintang patah".

4. Pengunaan huruf besar dan huruf kecil. Kebanyakan enjin carian tidak membezakan sesuatu perkataan yang sama dengan huruf kecil, huruf besar dan yang berada dalam pengikat kata.
Jadi, jangan membuang masa dengan perkara-perkara tersebut. Sebagai contoh, kesemua perkataan yang berikut adalah sama dalam enjin carian.
*Perpaduan
*perpaduan
*PERPADUAN
nPerpaduan
nperpaduan

5. Tidak menggunakan perkataan kebiasaan dan tanda seruan. Ini kerana kebanyakan enjin carian akan abaikan perkataan kebiasaan yang digunakan dalam ayat untuk bahasa Inggeris seperti and, a, the, an, is dan lain-lain. Pengunaan tanda seruan juga akan diabaikan. Namun begitu, ia boleh digunakan dan enjin carian akan mengambil kira dalam proses carian sekiranya ia berada dalam pengikat kata (" ").

6. Penggunaan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Penyusunan terma kata carian daripada secara umum kepada yang lebih spesifik dalam kotak carian dapat banyak membantu memaparkan keputusan yang tepat dalam bentuk senaraian pada kotak carian tersebut. Inilah cara yang berkesan menggunakan fungsi AutoComplete dalam enjin carian. Pemilihan item yang bersesuaian pada kotak carian menjimatkan masa untuk menaip sesuatu terma carian. Fungsi AutoComplete ini bukan sahaja berada dalam enjin carian seperti Google tetapi ada pada pelayar web atau brwoser seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

7. Elakkan menggunakan kata carian berbahasa Inggeris yang mempunyai imbuhan perkataan seperti ballstestedwalking dan lain-lain. Lebih baik menggunakan perkataan asas seperti balltestwalk dan lain-lain. Ini dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak tepat dalam menggunakan enjin carian.
Namun begitu, sekiranya carian maklumat memerlukan perkataan reading. Gunakan perkataan reading dalam carian maklumat kita.

8. Penggunaan Browser History atau fungsi sejarah dalam pelayar web seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.
Kadang kala ada alamat laman web yang sudah kita layari untuk dapatkan maklumat.
Sekiranya ada keperluan lagi dan kita menggunakan enjin carian, seperti biasa ia akan paparkan banyak maklumat yang perlu kita perhalusi satu demi satu.

Jadi, alamat laman web yang sudah kita layari sebelum ini boleh diperolehi semula di bahagian Browser History ini.
Bagi memudahkan lagi carian kita, perlu kita mengingat masa dan tarikh laman web tersebut dilayari menggunakan pelayar web tersebut.

9. Hadkan masa carian dan tambahkan dengan pelbagai cara carian. Sekiranya dalam masa tertentu, masih belum menjumpai maklumat yang dicari, kita perlu ada kaedah atau perancangan yang lain seperti berikut:-

nPenggunaan enjin carian yang lain seperti Yahoo!, Lycos, Bing dan lain-lain.
nMembuat pertanyaan dengan menghantar soalan ke forum-forum elektronik yang berkaitan.
nMenggunakan pakar carian maklumat yang boleh membantu.
nMembuat panggilan telefon untuk sesuatu bantuan atau pertanyaan.
nBertanya soalan atau maklumat tersebut kepada rakan taulan.

10. Perincikan carian maklumat yang dibuat. Terdapat beberapa simbol yang boleh diguna pakai dalam carian bagi menambahkan kespesifikan carian dan mengurangkan skop carian. Ia dapat mengurangkan paparan maklumat yang tidak sesuai. Di antaranya adalah seperti berikut:-

nTanda tambah ( + ) - Enjin carian akan abaikan perkataan sambungan atau yang biasa digunakan dalam ayat seperti is, are, and dan sebagainya. Sekiranya perlu untuk kita masukan perkataan tersebut boleh menambah simbol tambah ini dipermulaan perkataan tersebut seperti giant +and city. Jadi, carian tersebut akan memaparkan segala maklumat berkenaan perkataan tersebut termasuk perkataan and.

nTanda aliran ( ~ ) - Dengan penambahan tanda ini didepan sesuatu perkataan, enjin carian akan mencari maklumat perkataan tersebut dan maklumat yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun begitu, tidak kesemua perkataan berupaya mendapatkan hasil yang baik dengan tanda ini terutama sekali perkataan singkatan dan mepunyai banyak makna seperti HTML, CSS, HTTP dan lain-lain. Contoh penggunaanya adalah seperti berikut, ~ HTML.

nTanda asterik ( * ) - Ia digunakan untuk mencari sesuatu perkataan bersama dengan terma lain yang tidak diketahui seperti berikut, pendekar *. Namun begitu, ia tidak boleh digunaka untuk sebahagian daripada perkataan seperti pendekar m*. Hasil carian akan memaparkan segala maklumat berkenaan dengan pendekar dengan tambahan apa-apa perkataan yang lain.

nTanda atau ( OR ) atau ( | ) - Ia digunakan untuk mencari salah satu perkataan-perkataan carian yang sesuai. Sebagai contoh, kenangan indah akan memaparkan maklumat kedua-dua perkataan tersebut tetapi kenangan | indah akan memaparkan kesemua maklumat berkenaan salah satu daripada perkataan carian tersebut.

nJulat penomboran - Perincian sesuatu carian yang bernombor boleh dikecilkan skop cariannya dengan menyatakan julat dan jenis pengukuran bagi nombor tersebut. Sebagai contoh, Windows Server 2005 .. 2008, iPad RM100 RM200 dan lain-lain.

nPenggunaan carian pintar atau Advanced Search yang mempunyai banyak pilihan dan kriteria untuk mengecilkan lagi skop carian seperti tarikh, negara, bahasa dan lain-lain. Ia boleh digunakan dengan mengklik butangnya yang terdapat di sekitar kotak carian.
Penggunaan fungsi Wonder Wheel dalam enjin carian Google. Ia juga merupakan satu kaedah pencarian yang mengecilkan skop carian kepada carian yang lebih spesifik pada sesuatu perkara.

Ia boleh dibuat carian menerusi kotak carian Google.
Kemudian klik kepada perkataan Wonder Wheel disebelah tepinya.
Segala apa yang dibincangkan sama ada ia merupakan satu kaedah carian atau alat carian adalah merupakan perkara penting. Ini berguna untuk kita mendapatkan carian maklumat yang hampir tepat dalam masa yang pantas.

Segala maklumat yang tidak perlu dapat dihindarkan daripada paparan enjin carian.
Internet merupakan sebuah gudang maklumat yang mempunyai pelbagai jenis maklumat.
Tugas kita adalah untuk memperhalusi aspek carian maklumat agar berupaya mendapat maklumat yang tepat dalam masa yang pantas. Hampir kesemua enjin carian adalah berasaskan kepada bahasa Inggeris.


© Utusan Melayu (M) Bhd