Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada
Sepotong Ayatku"
"Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."
"Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu
menyebut shahadah ketika sarakatul maut"
5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan.
Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti
berikut:
1. Mandi pagi
sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh
lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah
SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat
subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit
selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini
terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita
sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam
saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah
akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab
juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi
pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil
yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur
dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga
mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah
jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat
percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik
Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan
10 kali kepadanya.
Mari kita istiqamah amalkannya semoga menjadi Muslimin &
Muslimat yang berjaya di dunia & akhirat.
Sumber :
http://www.facebook.com/BAHTERASAMUDERA/posts/519028734809243
Tiada ulasan:
Catat Ulasan