Rabu, 20 Mac 2013

Refleksi Membina Blog


Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dalam tempoh yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu pembinaan blog berkaitan Bahasa Melayu. Ketika baru diberikan tugasan ini, saya merasakan seperti satu bebanan yang sangat berat memandangkan ianya satu tugasan yang belum pernah saya ambil tahu tentang pembinaan blog. Walaubagaimanapun, saya bersikap positif dan tugasan ini saya terima sebagai satu cabaran. Pertama sekali, untuk pensyarah yang telah banyak memberi penerangan dan penjelasan bagaimana untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini. Seterusnya, saya telah membuat rujukan daripada buku-buku dan juga melalui sumber-sumber daripada internet berkaitan dengan cara membina blog. Selain itu juga, saya telah banyak meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan yang kini berada di semester tiga. Walaupun begitu, pensyarah yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang prosedur untuk menyiapkan tugasan ini dalam interaksi semasa kuliah di dalam kelas mahupun melalui emel. Selepas mendapat bimbingan daripada pensyarah, saya mula membina blog  untuk menyiapkan tugasan. Selain itu juga, saya telah melakukan perbincangan bersama-sama rakan sekelas untuk bertukar idea dan pandangan tentang tugasan yang diberikan. Akhirnya, tugasan membina blog dapat saya jalankan sedikit demi sedikit. Saya berasa sungguh bersyukur, bangga dan puas kerana cabaran membina blog dapat saya lakukan. Walaupun begitu, saya mendapat banyak pengalaman, pengetahuan dan pengajaran daripada tugasan ini. Antaranya ialah pengetahuan yang lebih mendalam tentang pembinaan blog yang sebelum ini tidak pernah saya ambil peduli. Selain itu juga, antara pengajaran utama yang saya perolehi ialah betapa perlunya kegigihan, ketabahan dan kesabaran dalam jiwa seorang pelajar untuk menuntut ilmu kerana proses untuk mendapatkan ilmu memerlukan banyak ketekunan dan kesabaran. Syukur alhamdulillah, kerana dengan izin Allah S.W.T jualah telah mempermudahkan segala tugasan yang telah saya hasilkan. Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu saya menyiapkan tugasan ini. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang mampu membalasnya.
Sekian, terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan