Isnin, 1 April 2013

Anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan.


11 Anjakan Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1.   Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2.   Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

3.   Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

4.   Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5.   Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6.   Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus  berasaskan keperluan.

7.   Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8.   Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

9.   Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.


Sumber :

http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20120911/dn_33/11-anjakan-dalam-Pelan-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia#ixzz2PEGaqO3w

Pelan Pembangunan Pendidikan.( 2013 - 2025 )

OBJEKTIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

            Pelan Pembangunan Pendidikan ini telah dirangka bagi menghadapi cabaran abad ke- 21 berasaskan dasar dan laporan terdahulu yang sangat besar pengaruhnya. Pelan ini berfokuskan cara membangunkan dan meneruskan perkembangan, serta menambah baik sistem pendidikan secara berterusan. Bagi tujuan itu, Pelan Pembangunan Pendidikan dirangka berasaskan tiga objektif yang khusus seperti yang berikut:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem;

2.  Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025; dan

3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sumber : http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

Tazkirah Ringkas.


Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku" 

"Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."

"Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut"

5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan. Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:

1.         Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.


2.         Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya, Insya Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3.         Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4.         Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.

5.         Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam). Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Mari kita istiqamah amalkannya semoga menjadi Muslimin & Muslimat yang berjaya di dunia & akhirat.

Sumber : 
http://www.facebook.com/BAHTERASAMUDERA/posts/519028734809243