Motivasi
Diri – 8 Cara Ringkas Meningkatkan Motivasi Diri Dengan Kembali Kepada Fitrah
Sebelum
pergi kepada 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan
kembali kepada fitrah, ada baiknya mengetahui bahawa dalam menyusuri jalan
kejayaan, kadangkala arah akan sedikit tersasar. Sebagai contoh ketika
menjalankan perniagaan, ada ketikanya semangat membangunkan empayar sedikit
diuji.
Hal
ini merupakan perkara biasa yang dihadapi oleh kebanyakan manusia biasa.
Ia merupakan suatu ujian bagi menyedarkan seseorang agar sentiasa mengemas
kini status (update status) diri sebagai hamba. Di antara
nikmat yang paling besar di akhirat kelak adalah mendapat pengiktirafan dan
gelaran sebagai ‘Hamba Allah’.
·
Cara Meningkatkan Kembali
Motivasi Diri
Lain
orang lain caranya. Di antara cara yang biasa digunakan bagi meningkatkan
kembali motivasi diri adalah dengan:
1. Mendapatkan
pengetahuan motivasi sama ada
melalui pembacaan, menghadiri suatu acara,
mendengar nasihat,
menonton video dan sebagainya
2. Berehat
daripada sebarang aktiviti untuk sementara waktu
3. ‘Enjoy’ bersama
rakan-rakan
4. Membawa
diri untuk mencari ketenangan
5. Menghabiskan
masa dengan hobi
6. Berkongsi
masalah bersama rakan karib
7. Dan
lain-lain.
Kebanyakan
cara yang disenaraikan betul. Namun di sebalik semua itu, cara yang baik untuk
mengembalikan motivasi diri adalah dengan kembali kepada
fitrah.
· Kembali Kepada Fitrah
Kembali
kepada fitrah mudah difahami dengan menghayati konsep ‘Hamba Allah’.
Apakah tujuan sebenar manusia diciptakan di muka bumi Allah ini? Bagaimana
untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya? Tujuan sebenar manusia diciptakan
telah dinyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Zaariyaat, ayat 56 yang
bermaksud:
“Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk merekamenyembah dan
beribadat kepadaKu”.
Secara tersurat,
ayat di atas jelas menunjukkan tujuan manusia dicipta adalah untuk menyembah
dan beribadah kepada Allah. Penjelasan ini juga sekaligus menjawab persoalan
bagaimana untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya, iaitu dengan mentaati
segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
ü Tingkatkan Motivasi Diri
Dengan Kembali Kepada Fitrah: 8 Cara Ringkas
Bagaimana
menghubungkan di antara ‘Meningkatkan Motivasi Diri‘ dan ‘Kembali
Kepada Fitrah’? Ketika diuji dengan motivasi diri yang
menurun, cara terbaik meningkatkannya kembali adalah dengan kembali kepada
Allah (kenyataan ini tidak menafikan cara-cara yang lain).
Antara cara yang boleh dipraktikkan adalah:
ü Cara
# 1 – Membaca Al-Quran
Dalam tingkat piramid bacaan, ia berada di kedudukan paling
atas.
ü Cara
# 2 – Berzikir
Motivasi diri yang
menurun disebabkan hati yang gelisah. Hati yang gelisah mampu ditenangkan
dengan mengingati Allah (zikrullah).
ü Cara
# 3 – Memerhati Kejadian Alam
Hati yang resah juga mampu ditenteramkan dengan memerhati
kejadian alam.Setiap makhluk yang diciptakan ada penciptanya. Setiap kejadian
yang berlaku ada yang mengaturnya.
ü Cara
# 4 – Mendampingi Para Ulama Dan Masjid
Jaringan kenalan yang positif
memberi kesan yang baik kepada motivasi diri.
Selain itu, seorang rakan Rusia memberitahu penulis bahawa
hatinya terasa tenang setelah menjejakkan kaki di masjid. Selepas itu, hatinya
terus mendapat hidayah dan memeluk Islam.
ü Cara
# 5 – Menghadiri Majlis Ilmu
ü Cara
# 6 – Mendengar Kuliah Agama
Nasihat agama memberi kesan yang baik kepada pendengar. Dalam
al-Quran disebut bahawa peringatan itu memberi manfaat kepada orang yang
beriman.
ü Cara
# 7 – Membaca Bacaan Motivasi Ilmiah (Tazkirah Kejayaan)
Membaca jambatan ilmu. Ia boleh membuka minda dan menajamkan
fikiran.
ü Cara
# 8 – Berbuat Kebaikan
Akhir Kata…
§
Sebagai orang Islam, keyakinan
kepada Allah dan ajaran Islam adalah sumber utama meningkatkan motivasi
diri.
§
Suatu masa dahulu sebelum kedatangan
Islam, bangsa Arab merupakan bangsa yang dikatakan ‘tiada apa-apa’.
Namun kedatangan Islam telah membawa ‘sinar cahaya’.
Demikian secebis perkongsian
tentang 8 cara ringkas meningkatkan motivasi diri dengan
kembali kepada fitrah.
Sumber : http://jurnalinspirasi.com/8-cara-meningkatkan-motivasi-diri-
dengan-kembali-kepada-fitrah.html