Khamis, 21 Mac 2013

Sistem Bahasa - Kata Adjektif

Kata Adjektif ( Kata Sifat )


Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu 
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan 
sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya.
1. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. 

A. Jenis-jenis kata Adjektif 

 Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan 
sebagainya yang bertugas sebagai penguat. 
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya. 

1. Adjektif Jati 

Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati. 
Contoh 
Buku itu berwarna biru. 
Budak kurus itu kawan saya. 

2. Ajdektif Bilangan atau pecahan 

Ia menunjukkan bilangan atau pecahan. 
Contoh 
Ayah memiliki dua buah kereta. 
Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk 

Ia menunjukkan �bagaimana� / �yang mana� 
contoh 
Baju ini mahal harganya. 
Perkara demikian jangan diulangi lagi. 

4. Adjektif pencerai / pengasingan 

Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau 
selonggok-selonggok. 
Contoh :
Setiap pelajar mesti berdisiplin. 
Ambil barang masing-masing. 

2. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan 

Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut: 

(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik; 
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau; 
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar; 
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur; 
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh; 
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal; 
(g) menerangkan sifat perasaan seperti malu dan gembira; 
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat; 
(i) menerangkan sifat pencaindera seperti masin dan harum. 

B. Pangkat-pangkat Adjektif 

1. Pangkat biasa
ia dinyatakan dengan menggunakan kata adjektif biasa. 
Contoh 
Baju dia cantik. 
Buah betik itu manis. 

2. Pangkat perbandingan
Ia merupakan perbandingan sama, lebih atau kurang. 
Contoh 
Tenaganya sekuat Badang. 
Buah jambu itu semanis gula. 

3. Pangkat menyangat 

Ia menerangkan adjektif yang keterlaluan seperti sangat, amat, benar-benar dan sebagainya. 
Contoh 
Cuaca hari ini sangat mendung. 
Buah rambutan ini terlalu masak
. 
4. Pangkat penghabisan
Ia menerangkan adjektif paling satau penghabisan. 
Contoh 
Gunung Kinabalu adalah gunung yang paling tinggi di Malaysia. 
Menera KLCC bangunan yang tertinggi di Malaysia. 

Sumber : http://maribelajar.forumotion.com/t675-nota-tatabahasa


Tiada ulasan:

Catat Komen